Thursday, March 15, 2018

My journey part I

Assalamualaikum and hai koranggg. Dah lama aku tak update blog aku ni. Hahaha dah berhabuk wehhhh. Lack of time lahhh. Takde masa free nak update. So memandangkan sekarang ni aku tengah cuti semester and semalam result SPM for candidates 2017 dah keluar. Mesti ramai yg tengah busy nak isi UPU kann?? Hahah btw congratssss uolls. Tahniah bagi siapa siapa yang dapat all A’s tu. Kepada korang yang tak dapat straight A pun takpe. Jangan putus asa, sebab perjalan lan korang masih panjangg okeyy. Aku dulu pun tak straight A pun hahahhaha. Tapi Alhamdulillah dapat meneruskan pengajian di UPSI.

Okay so sekarang ni aku nak cerita pengalaman aku dengan korang masa aku lepas ambil result SPM 2017. Lepas je dapat result niat aku sebenarnya ingat nak apply IPG (Institut Pengajian Perguruan) huhuhu. Tapi apa kan daya tak lepas wehhh hahaha. Adoooii IPG syarat dia at least 5A hukhuk aku 3A je tapi takpe Alhamdulillah semua B takde C. Disebab kan aku takleh IPG aku nekad. Dah laa tak tahu nak sambung kos apa???! Aku jadi buntu. Aku mulanya nak amik kos berkaitan dengan IT tapi parents tak kasi sebab kata perempuan peluang nak dpt kerja dalam kos tu susah la apa laa. So aku mengiyakan je laa. Nak buat sesuatu keputusan kena ada restu daripada mak ayah dulu kan. So aku try insert result SPM aku sebab nak tahu kelayakan result aku ni, boleh apply untuk kos apa and dekat universiti mana. Lepas je isi result aku. Alhamdulillah banyak universiti and kos yg menarik boleh aku apply. Aku buat research pasal kos matematik. Sebab aku ni suka dengan nombor. Jadi, aku buat research pasal kos-kos yang aku rasa aku berminat dengan kos tu. heheh.

Masa aku nak isi Upu, aku berpakat dengan kawan rapat aku. Hahah apa yang aku isi sama dengan dia tapi tak semua la. Pilihan satu dua tiga empat tu rasanya sama aku rasa. Aku pun tak ingat dah. Pilihan pertama aku isi kos; Pendidikan Awal Kanak-Kanak -Upsi
Pilihan kedua aku ambil kos; Matematik- Upsi
Pilihan ketiga aku amik kos; Matematik -Uitm
Pilihan  keempat dan seterusnya Aku ada amik sains matematik, asasi dekat uia .... dah tak ingat dah . Tu je yang aku ingat.

Then, hari bersilih ganti ceh ayat hahahha. Result upu keluar. Aku dapat kos Pendidikan Awal Kanak-kanak di upsi. Alhamdulillah aku still boleh sambung pengajian. Walaupun kos aku, kos biasa biasa je. Tapi aku dapat sambung kat upsi weii. Alhamdulillah. Then, aku buat research pasal Upsi pulak. Dia dekat mana.? Ada apa dekat sana.? Ada wayang ke? Ada mall tak? Tup tup lepas dah buat research. Upsi ni dekat Tanjung Malim, Perak. Dia sempadan dengan Hulu Selangor. Kat tanjung malim takde mall ye awak-awak semua. Tapi dont worry sebab kita ada ktm yang boleh bawa kita pergi kuala lumpur dan seangkatan dengannya. Tanjung Malim nak ke Kl Sentral ambil masa dalam 1jam 30 minit macam tu laa. Kalau paling lama 2 jam laa. Aku tahu la aku pengguna tegar hahahah. #supportkerajaan

Tanjung Malim ni dia pekan je awak awak semuaaa. Pasar malam setiap hari Sabtu dekat pekan tanjung malim. Ada domino. Ada secret recipe. Dulu ada kedai tutti frutti tapi sekarang dah permenantly closed. Dekat situ ada kafe nama Cape Cafe. Aku selalu jugak makan kat situ. Sebab satu hidangan dia harga rm1.70 sahaja sedap punn sedap wei. Kalau nak beli barang rumah korang boleh beli dekat Pasaraya TF atau Mr. DIY. Apa lagi aku nak cerita. Tanjung Malim ada dua kampus; satu kampus lama & satu lagi kampus baru.

Budak intake baru selalu nya akan dapat duduk kat kolej masa sem1 tapi kalau sem2 ada yang akan dapat duduk kat kolej dan ada yang akan dapat duduk kat luar. Maksudnya rumah sewa dekat luar la. Yang ni aku cerita sambungan part 2.  kejap lagi aku buat untuk part 2.