Tuesday, October 31, 2017

Langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tenaga

Isu: Terbuka

    Mendepani realiti baru dunia yang pantas, sedar tidak sedar masyarakat Malaysia kini tidak bertanggungjawab dalam penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan api. Majoriti daripada mereka hanya tahu menggunakannya sahaja tetapi tidak tahu cara menggunakannya dengan cermat. Pihak berautoriti telah melaksanakan pelbagai prakarsa untuk memastikan masyarakat bijak dalam penjimatan sumber tenaga. Walau bagaimanapun, prakarsa yang telah diimplimentasikan ini tidak ada lagi yang dapat dijadikan sebagai kardah yang konkrit untuk membasmi masalah yang dihadapi pada aba kini. Hal ini kerana masyarakat bersikap evasif dalam mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga. Namun, sekiranya segelintir masyarakat sudah cekap dalam penggunaan sumber tenaga dalam kehidupan seharian mereka dapat membatu masyarakat yang lain ke arah penjimatan. Persoalannya disini, apakah langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tenaga?    

    Membincangkan soal inisatif-inisiatif yang wajar dilakukan bagi menjimatkan penggunaan sumber tenaga dalam kehidupan seharian. Pihak masyarakat khususnya perlulah menggunakan sumber air secara semulajadi. Inisaitif ini dapat mengelakkan daripada berlakunya catuan air yang akan menyukarkan aktiviti harian masyarakat. Masyarakat perlulah mengorak langkah awal dalam menggunakan air bersih hanya untuk kegunaan makan dan minum. Misalnya, masyarakat juga perlulah sentiasa membuat persiapan awal seperti menadah air dengan lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya di kediaman mereka tidak mempunyai air. Dengan ini, masyarakat turut dapat menjimatkan air serta mengurangkan kadar meter air yang digunakan di rumah. Justifikasinya jelas, masyarakat dapat memberi kesedaran dalam diri agar sumber air dapat digunakan dengan lebih cermat.    

    Jika dilihat dari lensa kaca mata yang lebih luas, setiap individu berperanan untuk menggunakan sumber elektrik secara berhemah. Dengan ini, masyarakat dapat menjimatkan kos bil elektrik yang perlu dibayar pada setiap bulan. Segala langkah bermulanya daripada individu yang bertanggungjawab dan cakna terhadap kepentingan sumber tenaga. Tamsilnya, setiap kali kita hendak keluar dari rumah pastikan kita sudah tutup semua suis elektrik seperti kipas dan lampu. Sebagai langkah berjaga-jaga serta permulaan bagi menjimatkan sumber elektrik. Bukan sahaja dapat menjimatkan malahan masyarakat juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pembakaran di rumah yang berpunca daripada litar pintas yang menyebabkan kotak suis meletup. Terbuktilah di sini bahawa dengan menggunakan sumber elektrik secara berhemah masyarakat dapat menjimatkan penggunaan sumber elektrik.    

    Meninjau skop yang lebih luas, pihak sekolah berperanan untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang langkah-langkah penjimatan air. Hal ini demikian kerana para pelajar perlulah dididik sedari tapak kaki merah lagi bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Para pelajar seharusnya diberi tunjuk ajar dengan lebih awal agar mereka dapat mengamalkan lanhkah-langkah penggunaan air dengan bijak dalam kehidupan seharian. Biar kita ambil contoh, para pelajar menadah air untuk dijadikan sebagai air untuk menyiram pokok. Bukan itu sahaja, para pelajar juga boleh mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menggunakan sumber air dalam kehidupan seharian. Dengan ini, para pelajar dapat melatih diri supaya tidak melakukan pembaziran sumber air secara berleluasa. Sudah terang lagi bersuluh, pihak sekolah merupakan polemik yang penting dalam memberi tunjuk ajar kepada para pelajar selepas ibu bapa mengenai langkah-langkah penjimatan air.    

    Menilai dari perspektif yang berbeza, pihak kerajaan hendaklah menggalakkan masyarakat Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Fokus dominan bagi prakarsa ini adalah bagi menggalakkan masyarakat menjimatkan penggunaan bahan api. Dengan ini, masyarakat tidak perlu acap kali menggunakan bahan api seperti minyak petrol. Sebagai contoh, masyarakat di bandar yang menggunakan kemudahan sistem transit aliran ringan (LRT) dan komuter sebagai pengangkutan utama mereka untuk ke tempat kerja. Selain itu, masyarakat menggunakan kenderaan persendirian untuk ke destinasi yang jauh. Impak daripada usaha ini ialah kadar penggunaan bahan api seperti petroleum sedikit sebanyak dapat dijimatkan walaupun perubahannya tidak secara drastik. Oleh itu, galakan kepada masyarakat untuk menjimatkan penggunaan sumber bahan api perlulah dilakukan oleh pihak yang berkuasa untuk kegunaan pada masa hadapan.    

    Hakikat yang tidak dapat dinafikan, pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran bagi menggalakkan masyarakat mengurangkan penggunaan sumber elektrik. Hal ini demikian, dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan penjimatan sumber elektrik kepada mereka. Kempen yang diadakan di sekitar kawasan perumahan dapat memudahkan masyarakat untuk pergi melibatkan diri dalam kempen yang diadakan. Contohnya, kempen kesedaran yang diadakan di setiap negeri bagi mendedahkan kepada masyarakat langkah-langkah menggunakan sumber elektrik dengan berhemah. Di samping itu, kanak-kanak yang turut hadir juga dapat mempelajari langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber elektrik kerana mereka mempelajari sesuatu melalui pemerhatian mereka. Oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengadakan kempen kesedaran bagi menggalakkan masyarakat untuk berjimat dalam penggunaan sumber elektrik.    

    Secara konklusinya, semua pihak haruslah bersatu padu bagai aur dengan tebing dalam memastikan langkah-langkah penggunaan sumber tenaga dengan cermat dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Memandangkan, pada zaman era globalisasi yang kian giat ini, sumber tenaga seperti air, elektrik dan bahan api banyak digunakan untuk kegunaan pelbagai sektor demi meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, masyarakat perlu bijak dalam penggunaan sumber tenaga untuk digunakan pada masa akan datang. Dengan ini, semua masyarakat sewajarnya memainkan peranan penting dalam menjayakan langkah-langkah tersebut agar Malaysia setanding dengan negara maju, Jepun dan Korea Selatan seperti mutiara kata "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi". Diharapkan supaya seluruh rakyat Malaysia mengambil inisiatif dalam memupuk kesedaran atas kepentingan penjimatan sumber tenaga di negara kita.

New blog; New Lifestyle

Hey guys, this is my new blog. The old one has been deleted permanently ! misakichatwin.blogspot.com. So, I will try my best for spending my time share some tutorials, contoh-contoh karangan SPM bahasa melayu and my story in this blog ๐Ÿ˜€ But starting on November, I will little bit busy because I will start 2nd semester in uni. And maybe I akan jarang update my blog yaa๐Ÿ™ Soooooo, STAY TUNED on my blog and I will share more about my experience and studies in uni life, somes tutorial and karangan-karangan Bahasa Melayu๐Ÿ’—๐Ÿ’—